Program Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 Secara Online Pedi Semanggar Dalam

10 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 09 April 2022 bersamaan hari Sabtu, Program Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 Secara Online telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 05.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara mengisi borang pendaftaran online kemasukan Tahun 1 dan juga cara-cara membuat semakan sama ada sekolah yang dipohon berjaya diperolehi atau tidak.

Pada akhir program, peserta berjaya mendaftarkan persekolahan anak mereka secara online dan berharap dapat mengikuti lagi program lain yang dikendalikan oleh staf Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali